PENAMPANG: Seorang lelaki warga China mengalami kecederaan parah tulang rusuk, kaki dan kepala selepas terjatuh dari tingkat lima tapak pembinaan K. Avenue di Jalan Cyber City, di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim mengesahkan kejadian itu, mengatakan mereka menerima laporan mengenainya daripada Bilik Operasi Jabatan Penyelamat dan Bomba Penampang.
“Mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk rawatan dan disahkan mengalami patah tulung rusuk, namun dilaporkan dalam keadaan stabil.
“Kami belum menerima sebarang polis daripada majikan berkenaan kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, balai bomba dan penyelamat menerima panggilan pada pukul 8.34 pagi mengenai kejadian tersebut sebelum mengerahkan 11 anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Benny Lim bersama sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan untuk operasi menyelamat.
Komander operasi berkata mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan sebelum tersangkut di tingkta empat bangunan berkenaan.
“Mangsa dibawa ke tingkat bawah oleh pekerja lain di bangunan itu sebelum ketibaan pasukan penyelamat.
“Mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dihantar ke hospital,” katanya. – DE