TOKYO : Perenang China, Zhang Yu Fei berjaya memecah rekod Olimpik dalam acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu wanita sekali gus merangkul pingat emas keduanya di Pusat Akuatik Tokyo, sebentar tadi.
Laporan Utusan Malaysia – Yu Fei,23, mempamerkan renangan cemerlang dengan mencatat masa 2 minit 03.86 saat (s) untuk mengatasi dua perenang Amerika Syarikat Regan Smith (2:05.30s) yang meraih perak dan Hali Flickinger gangsa (2:05.65s).
Perenang China itu berjaya memadam rekod dipegang rakan senegara, Jiao Liuyang yang dilakukan di Olimpik London 2012 dengan catatan masa 2:04.06s.
Emas pertama dimenangi Yu Fei menerusi acara 4X200m gaya bebas yang turut menyaksikan kuartet China itu memecah rekod dunia, malah dia juga merangkul perak dalam acara 100m kuak kupu-kupu yang berlangsung Isnin lalu.