KUALA LUMPUR: Sidang Khas Dewan Rakyat hari ketiga akan dimulakan dengan sesi penerangan mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dilaksanakan kerajaan.
Laporan Utusan Malaysia – Mengikut Aturan Urusan Mesyuarat, penerangan itu akan disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, kemudian ahli-ahli Parlimen boleh mengemukakan persoalan atau cadangan sebelum dijawab menteri tersebut.
Dalam sesi penerangan itu juga, antara isu yang dijangka dibangkitkan adalah isu suntikan vaksin kosong, perolehan bekalan vaksin dan kadar vaksinasi negara yang sedang dijalankan kini.
Malaysia merupakan antara negara yang terpantas dalam program vaksinasi penduduknya dengan kapasiti kadar suntikan mencapai lebih 500,000 dos sehari.