Khairy Jamaluddin
PETALING JAYA: Malaysia menerima sebanyak 26.38 juta dos vaksin menerusi perolehan kerajaan dan sumbangan negara luar.
Menurut Utusan Malaysia, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 23.88 juta dos membabitkan perolehan kerajaan.
Setakat ini katanya, kira-kira 1.86 juta dos diterima pada suku pertama, 8.97 juta dos diterima suku kedua dan baki akan diterima bulan ini.
“Kita turut menerima sumbangan vaksin dari negara luar iaitu Jepun 998,400 dos AstraZaneca; Amerika Syarikat (AS) 1.3 juta dos Pfizer dan China 500,000 dos Sinovac.
“Selain itu, kerajaan melalui Kementerian Luar berbincang dengan negara luar yang telah menyatakan kesediaan untuk menyumbangkan vaksin seperti United Kingdom (UK) dan Arab Saudi. Penerimaan ini akan bantu Malaysia percepatkan program imunisasi,” katanya dalam Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini.