KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 741 kes baharu Covid-19 hari ini, untuk dua hari berturut-turut melebihi paras 700 kes.
Menurut rumusan harian bagi kes hari ini, sarıngan kontak rapat terus menjadi penyumbang paling tinggi iaitu 379 kes (51.2%).
Saringan bergejala pula mencatatkan 129 kes (17.4%), saringan kluster sedia ada menambah 101 kes (13.6%) dan sarıngan bersasar merekodkan 19 kes (2.6%).
Empat kluster baharu dilaporkan hari ini yang menyumbang 41 kes iaitu Kluster Jalan Penampang, Penampang (kluster tempat kerja disebuah pasaraya); Kluster Inderasabah ,Tawau (kluster komuniti); KlusternJeti Kudat, Kudat (kluster tempat kerja, yakni pendaratan ikan bot2 nelayan); dan Kluster Industri Kolombong Kota Kinabalu (kluster tempat kerja, di gudang penyimpanan minyak masak).
Kota Kinabalu 149
Tawau 87
Tuaran 77
Beaufort 60
Penampang 49
Kudat 42
Kinabatangan 37
Papar 34
Keningau 33
Sipitang 33
Sandakan 23
Ranau 23
Tongod 20
Putatan 17
Kota Marudu 8
Tambunan 8
Tenom 8
Lahad Datu 7
Telupid 5
Beluran 5
Semporna 4
Kalabakan 4
Kota Belud 3
Kuala Penyu 3
Kunak 2
Sifar (0)
Nabawan, Pitas