Dr. Bonaventure (enam dari kanan) bersama T C Goh (empat dari kiri) sambil memegang bendera Komuniti Mitatabang.
TUARAN: Seramai 400 keluarga yang memerlukan di Tamparuli, Kiulu dan Tenghilan sini setakat ini telah menerima bantuan bakul makanan menerusi aktiviti kebajikan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Komuniti Mitatabang dengan kerjasama Kelab Kebajikan Raisul.

T C Goh
Usaha ini turut mendapat sokongan Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) dan Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) yang telah menyumbang 100 kampit beras (5kg), 100 pek Ovaltine, 100 pek garam, 100 pek mee, 100 tin sardine, 10,000 keping pelitup muka dan 5 kartun snek.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Presiden FCAS dan Huazong, Tan Sri T.C Goh, kepada Presiden Komuniti Mitatabang, Dr. Bonaventure Boniface, di majlis ringkas yang diadakan di sini.

Dr. Bonaventure Boniface
Dr. Bonaventure berterima kasih atas sokongan berkenaan dan akan memastikan bantuan berkenaan sampai kepada mereka yang benar benar memerlukan.

Beliau juga mengalu-alukan sumbangan daripada persatuan atau individu lain yang bermurah hati.