Noraini bersama dengan Aurora yang mendapat kaki palsu baharu
KOTA KINABALU: Adik Aurora Amelia Alexader, anak istimewa kelainan upaya sejak lahir lagi, mendapat perhatian daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bermurah hati memberikan sumbangan pembelian kaki palsu untuknya.
Aurora ,4,merupakan puteri tunggal pasangan suami isteri, Alexander dan Marcella dari Kota Marudu.
Setiausaha Politik kepada Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi, Noraini Idris sebentar tadi mewakili Menteri, Datuk Yakub Khan yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Sabah menyerahkan sumbangan tersebut bagi pihak Presiden UMNO kepada ibu Aurora sendiri.

Noraini (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada ibu Aurora yang menerima bagi pihak anaknya
Turut hadir ialah wakil dari Ranhill Utilities Berhad, Muhamad Faizal Aliar yang merupakan Pengurus Besar Awam (Senior General Manager), Mohd Zaffarollah Mohd Nordin iaitu Ketua Pemegang Amanah Pengurusan (Head of Stakeholder Management) dan Insan Moslimin, Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Queen Elizabeth II.
Adalah difahamkan, setiap tahun Aurora ini perlu menukar kaki palsu apabila meningkat usia mengikut kondisi tubuh badannya yang semakin membesar.

Noraini (empat dari kiri) bersama Aurora dan ibunya dan hadirin yang lain
Pihak keluarga Alexander merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden UMNO atas keprihatinan dan sumbangan tersebut.
Bagi pihak UMNO Sabah pula,penghargaan juga turut diucapkan kepada Dr Wan Sherhan iaitu Ketua Penolong Pengarah QEH II yang telah memaklumkan tentang masalah yang dihadapi oleh Aurora ini dan semoga usaha murni sebegini dapat diteruskan demi kebajikan masyarakat.