Masidi Manjun
KOTA KINABALU: Kes baharu Covid-19 di Sabah hari ini melonjak ke 712, menunjukkan masih ramai yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan ini ketika ditanya melalui WhatsApp.
Menurut rumusan harian ya g dikeluarkan, lebih separuh iaitu 383 kes (53.8%) penyumbang utama jumlah kes hari ini adalah dari saringan kontak rapat, diikuti tambahan kes dari kluster sedia ada dengan 112 kes (15.7%) dan sarıngan bersasar 88 kes (12.4%).
Dua (2) kluster baharu juga dilaporkan hari ini iaitu Kluster Jalan Mat Salleh, Kota Kinabalu (Rumah Persekutuan) merekodkan 9 kes dan Kluster Nosoob Baru 1 kes.
Peningkatan kes menggambarkan masih ramai yang tidak mematuhi SOP sepenuhnya.
Ada kemungkinan masyarakat leka daripada mematuhi perintah kawalan pergerakan (untuk sentiasa berada di rumah dan kurangkan pergerakan) kerana mempunyai persepsi bahawa kita dalam status pemuilhan.
Jumlah yang tinggi di kalangan kategori kontak rapat juga satu petunjuk bahawa lebih ramai sudah menjadi pembawa virus ini dan kemungkinan telah menjangkiti rangkain sahabat-sahabat mereka pula. Ini akan mengakibatkan jumlah jangkitan berganda.
Masyarakat dinasihatkan untuk mematuhi semua SOP dan mengurangkan perjalanan keluar daripada rumah kecuali perlu.
Kota Kinabalu 161
Sandakan 98
Beaufort 72
Penampang 65
Tawau 33
Keningau 32
Kalabakan 29
Tuaran 28
Sipitang 26
Kudat 22
Putatan 21
Kuala Penyu 17
Ranau 16
Lahad Datu 15
Papar 15
Kota Belud 14
Kunak 11
Tenom 8
Tongod 7
Kinabatangan 5
Semporna 4
Beluran 4
Pitas 4
Kota Marudu 2
Telupid 1
Nabawan 1
Tambunan 1