Masidi Manjun
KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak 516 kes baru Covid-19 hari ini dengan peningkatan 19 kes berbanding semalam (22 Julai 2021).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, saringan Kontak Rapat 216 kes atau 41.9% penyumbang utama jumlah kes hari ini, diikuti Saringan Kluster sedia ada dengan 116 kes (22.5%) dan Sarıngan Bergejala 90 kes (17.4%).
Menurutnya, Kluster Melamam di Sipitang menyumbang 49 kes iaitu kes tertinggi daripada kluster sedia ada.
Saringan bersasar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mencatatkan hanya 13 kes (2.5%), tambahnya.
“Empat kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Bukit Mas (Kinabatangan), Kluster Jalan Stesen TV (Tawau), Kluster Jalan Utara 2 (Sandakan) dan Kluster Kampung Mananam (Tongod) merekod sebanyak (45) kes atau 8.7% dari jumlah kes hari ini,” katanya pada kenyataan hari ini.
Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah berkata, sejumlah 88.6% daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori
- Kategori 1, iaitu 215 kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom.
Menurutnya, Kategori 2 iaitu sebanyak 242 kes sekadar mengalami simptom ringan (mild). Kedua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC.
Sementara itu katanya, sejumlah 139 selatan jalan raya (SJR) dilaksanakan dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaan 41,980 buah kenderaan.
Katanya, daripada jumlah tersebut, 164 buah kenderaan diarah berpatah balik.
Pada hari ini, PDRM melaksanakan 67 hebahan melalui kereta peronda dan tiada tangkapan dibuat.
“Sebanyak 26 kompaun melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah,” tambahnya lagi.