PETALING JAYA: Sebanyak 14,002,324 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada penerima sehingga semalam.
Menurut Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, seramai 9,570,974 orang telah menerima dos pertama vaksin dan 4,431,350 orang bagi dos kedua.
“Ini bersamaan 40.9 peratus golongan dewasa yang menerima dos suntikan vaksin pertama dan 18.9 peratus untuk dos kedua,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.
Setakat semalam, sebanyak 253,830 dos pertama dan 126,610 dos telah diberikan yang secara keseluruhan melibatkan 380,440 dos vaksin.