KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan meneruskan pelaksanaan sistem letak kereta di seluruh Kota Kinabalu bermula hari ini.
Mayor, Noorliza Awang Alip berkata, orang ramai yang telah membeli kupon letak kenderaan bulanan untuk Jun 2021 dibenarkan memaparkan kupon itu sepanjang Julai 2021 dan tiada caj akan dikenakan.
“Orang ramai juga boleh membeli kupon dan mula memeriksa serta membuat bayaran kompaun di semua kaunter dan kios DBKK yang beroperasi di seluruh bandaraya.
“Pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada bahagian pengurusan letak kenderaan di talian 088-270181, 088-270182 atau melalui hotline WhatsApp 010-56208856.
“Orang ramai juga boleh terus ke pejabat kami di KK Plaza,” katanya.
Noorliza menasihati orang awam agar mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, menggunakan cecair pensanistasi tangan, memeriksa suhu badan dan mengimbas kod QR untuk MySejahtera ketika berurusan dengan DBKK.
“Mereka yang gagal mematuhi boleh dihukum di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 324),” katanya. – DE