Maya Hejnowska
KOTA KINABALU: Juara Unduk Ngadau Kaamatan Tanpa Sempadan 2021, Maya Hejnowska, telah dipilih oleh Sabah Pharmaceutical Society untuk projek video pendek mempromosikan program imunisasi terutamanya di kawasan luar bandar di Sabah.
Menurut kenyataan media daripada Sabah Pharmaceutical Society hari ini, sebagai seorang yang berbakat, Maya akan menyampaikan mesej dalam empat bahasa berbeza, iaitu bahasa ibunda Kadazan, Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin dalam klip video tersebut.

Maya bersama Cik Jemima Ho, Presiden Sabah Pharmaceutical Society, Cik Chui Li, Timbalan Presiden Sabah Pharmaceutical Sabah, dan Datuk Nancy Ho, Naib Presiden Persatuan Ahli Farmasi Komanwel.
Mesejnya adalah untuk memenangi perang melawan Covid 19. Selain itu, imunisasi adalah satu-satunya cara untuk bergerak maju pada masa ini, selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan 3C.
Justeru, semua vaksin disahkan selamat oleh NPRA Malaysia dan kesan sampingan yang dialami setelah vaksinasi bersifat sementara, serta pengalaman vaksinasi tidak boleh dijadikan penghalang untuk menerima vaksinasi.
Maya juga akan turut bercakap tentang lebih banyak vaksin tiba di Sabah seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Sabah Pharmaceutical Society mengambil inisiatif membuat projek ini kerana kadar vaksinasi di Sabah adalah yang paling rendah dan memandangkan kadar pendaftaran yang rendah untuk vaksinasi Covid-19 di Sabah.