Jamain Sarudin
KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) menyelar sikap pembangkang yang berusaha mengelirukan rakyat berikutan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikeluarkan semalam.
Menurut Ketua Pemuda Jamain Sarudin, sikap seperti itu menggambarkan kecetekan pemikiran wakil rakyat Pembangkang.
Sebelum SOP MKN ini dikeluarkan, Sabah berpegang pada kenyataan Ketua Menteri, dan membuka peluang peniaga khususnya restoran dan cafe membuka balik perniagaan secara dine-in. Bagaimanapun, SOP MKN tidak menyebutkan dine-in dibenarkan, menyebabkan orang awam terkeliru.
Begitupun kenyataan ringkas Masidi telah menjernihkan keadaan dengan mengatakan dine-in tidak dilarang.
Sementara itu, SOP MKN di Semenanjung mencatatkan tidak membenarkan dine-in secara jelas.
“Mengambil kira kenyataan Ketua Menterii pada 28 Jun sudah memaklumkan keputusan Kerajaan Negeri membenarkan dine-in.. ianya terpakai selagi belum ada kenyataan Ketua Menteri berkaitan hal yang sama,” tambah Jamain lagi
Menurut beliau, ini adalah bukti Kerajaan Sabah mempunyai kuasa autonomi, serta menifestasi dari kenyataan Perdana Menteri di Sarawak awal tahun ini bahawa Sabah adalah sebuah wilayah.
Beliau turut kesal apabila Pembangkang di Sabah mengambil kesempatan untuk tambah mengelirukan rakyat. Ianya sangat tidak bertanggungjawab.
“Adalah sepatutnya wakil Pembangkang menyanjungi ketegasan Sabah dalam mempertahankan kenyataan Ketua Menteri pada 28 Jun yang lepas dan tidak menarik balik kenyataan tersebut.” ujar beliau.