Masidi Manjun
KOTA KINABALU: Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat peningkatan kes agak ketara berlaku di Daerah Pitas hari ini, disyaki berpunca daripada upacara pengkebumian di Kampung Naruntung.
Katanya, hari ini daerah tersebut merekodkan sebanyak 128 kes, berbanding hanya 17 kes kelmarin.
Daripada 128 kes tersebut, sebanyak 126 kes berpunca daripada Saringan Kluster Tanjung Pitas dan 2 lagi berpunca dari lain-lain saringan, katanya dalam kenyataan media hari ini.
Katanya, Kluster Tanjung Pitas disyaki berpunca daripada aktiviti upacara pengkebumian di Kampung Naruntung dan juga kebarangkalian pergerakan antara Pulau Banggi dan Pitas yang menyumbang kepada jangkitan melibatkan ramai penduduk.