ISMAIL Sabri Yaakob memulakan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.
PETALING JAYA: “Pada hari Jumaat yang penuh barakah, saya memulakan tugas dengan menggalas amanah yang lebih besar”.
Demikian jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memulakan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Laporan Utusan Malaysia- Menurut beliau, amanah itu demi rakyat dan negara yang dicintai ini.
“Insya-Allah, saya akan melakukan yang terbaik,” katanya.
Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam satu pengumuman Rabu lalu.
Ismail Sabri yang pelantikannya berkuat kuasa serta-merta kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan, malah akan dibantu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri dan mengetuai Kluster Keselamatan.
Hishammuddin juga akan membantu Perdana Menteri dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).