KOTA KINABALU: Nasib 40 keluarga mangsa kebakaran Kampung Tanjung Aru di sini yang kehilangan rumah dalam kebakaran pada 6 Julai lalu mendapat perhatian Sedafiat Sdn Bhd dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) yang menyampaikan bantuan bernilai RM4,000 kepada mereka pagi tadi.
Acara berkenaan diadakan bersama PBNS adalah sebagai jalinan kerjasama melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Jabatan Perancangan & Analisis Operasi (OPAD) Sedafiat Sdn. Bhd, Nursiddiq Chin Abdullah dan disaksikan oleh Awang Faisal Awang Rahim, Timbalan Pengurus Besar PBNS.
Pemimpin Pemaju Masyarakat (PPM) Tanjung Aru, Mohd Reduan Datuk Haji Aklee berkata, sumbangan ini adalah tanda keprihatinan Sedafiat Sdn Bhd dan PBNS terhadap nasib mangsa kebakaran.
“Sedafiat Sdn Bhd dan PBNS sentiasa prihatin terhadap mangsa kebakaran dan berharap agar bantuan ini dapat meringankan sedikit beban mereka,” katanya dalam kenyataan media.

Pihak Sedafiat juga berkata, Program CSR ini adalah inisiatif antara Sedafiat Sdn Bhd dan PBNS dan diharap menjadi galakan kepada syarikat yang lain untuk turut sama menjalinkan program CSR bersama PBNS.
Turut hadir Wakil Jabatan Kebajikan.