KOTA KINABALU: Gerakan besar bersepadu pemberian imunisasi kepada penduduk Sabah dilakukan berdasarkan dengan mengambil kira cerapan, data, lokasi penduduk yang berbeza tempat dan kesusahan pergerakan mereka harus diambil kira termasuk jumlah kepadatan populasi penduduk bagi setiap daerah di negeri ini.

Presiden Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) Hj. Yahya Hj. Ahmad (gambar) berkata, pengagihan jumlah dos vaksin dan pembukaan lebih banyak PPV akan dapat distrategikan pengurusanya dengan lebih adil, banyak dan setiap pasukan bergerak serentak tiap – tiap kawasan atau daerah mengikut jadual tersusun.
“Di pihak PRESBAH, kita ingin menyarankan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr. Christina sendiri supaya menilai balik gerakan program pemberian vaksin setakat ini.
“Selain membuka PPV berpusat di dewan – dewan dan Hospital sampai sudah masanya di tambah dalam pelbagai kaedah lain sepertimana dilakukan di negeri lain di Semananjung bagi memastikan matlamat imunisasi berkelompok kita cepat tercapai ikut cara kebijaksanaan kita,” katanya pada kenyataan media hari ini.
Katanya, secara realitinya juga begitu ramai yang mendaftar dalam My Sejahtera masih marah belum mendapat panggilan kerana ramai dalam kalangan sikap rakyat lebih senang mendaftar secara manual juga sangat mengalakkan.
Menurutnya, walaupun pelaksanaan yang dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri cukup memuaskan, namun strategi dan kreativiti Jabatan Kesihatan Negeri Sabah harus lebih peka dan dianjak kedepan dengan mengambil kira pandangan baik dan terbuka di bawah.
“Selaku Presiden PRESBAH dalam melihat keputusan Kerajaan Persekutuan semalam menilai pemilihan negeri – negeri layak berada dalam fasa kedua tanpa memasukkan negeri Sabah juga kurang adil.
“Jika kita melihat semua cerapan sejarah biografi, fakta penduduk, bekalan vaksin, dan kebergantungan tinggi latar belakang sosio ekonomi disamping tahap pengangguran sudah tentu cerapan ini harus diberi pertimbangan lebih adil dan matang,” katanya.