KOTA KINABALU: Selangor terus mencatatkan angka kes positif Covid-19 tertinggi dengan merekodkan 3,047 kes baharu, hampir separuh daripada 6,658 kes yang dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, ia disusuli Kuala Lumpur dengan 616 kes dan Johor 414 kes.
Hanya Perlis mencatatkan kes satu angka iaitu sebanyak dua kes dilaporkan setakat tengah hari tadi, manakala Putrajaya dan Terengganu serta Kelantan masing-masing mencatatkan dua angka iaitu 16, 51 dan 89 kes.