KUALA LUMPUR: Para pencarum Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) boleh mengeluarkan RM5,000 melalui pelan i-Citra seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.
Kerajaan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu KWSP i-Citra dengan 12.6 juta ahli boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.
Muhyiddin berkata, pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.
“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos 2021,” katanya.
Menurut beliau, ini merupakan keputusan sukar kerana kerajaan sedar kerana ia simpanan hari tua rakyat, dan penyelesaian i-Citra mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini dan pulangan yang wajar bagi ahli-ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran.