PUTRAJAYA: Kerajaan akan menyediakan bantuan one-off sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,300 agensi pelancongan berdaftar sebagai pendorong apabila negara beralih ke fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) kelak.
Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sektor pelancongan merupakan antara segmen yang sangat terjejas dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.
Kata beliau, kerajaan juga bersetuju untuk menangguhkan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan kepada syarikat dan mengecualikan cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan kepada pengendali hotel sehingga akhir tahun ini.
“Seterusnya, apabila negara beralih ke fasa keempat PPN, kerajaan akan mempertimbang peruntukan sewajarnya untuk memulih dan mempergiatkan semula aktiviti pelancongan,” katanya.