Masidi Manjun
KOTA KINABALU: Pada hari ini jumlah kes positif Covid-19 di Sabah mencatatkan peningkatan satu kes iaitu daripada 189 kes semalam (26 Jun 2021) kepada 190 kes (27 Jun 2021).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, daripada 190 kes jangkitan baharu hari ini, 75 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 57 kes adalah daripada saringan kluster, 27 kes adalah daripada saringan bergejala, 21 kes daripada saringan bersasar dan 10 kes adalah daripada lain-lain kes.
Katanya, 12 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan 11 daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala satu lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Keningau 11 kes (+10). Daerah Papar kekal catatan kes baharu sebagaimana hari semalam iaitu dengan satu (1) kes.
Walau bagaimanapun jelasnya, sembilan daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Tujuh daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka, manakala dua daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka iaitu Kudat (-22) dan Kota Marudu (-13)
“Terdapat 3 kluster baru hari ini iaitu Kluster Kuarters Bata Durok – Keningau, Kluster Linau Kumpang – Kota Belud dan Kluster Tembok Kota Kinabalu (Kota Kinabalu, Papar, Penampang),” katanya dalam kenyataan hari ini
Sementara itu Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah berkata, sebanyak 1,503 premis perniagaan dan penjaja telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan di bawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Katanya, satu kompaun dikeluarkan atas tidak memakai pelitup muka di tempat awam. Kompaun dikeluarkan di daerah Tuaran.
“Sebanyak lima notis peringatan dikeluarkan iaitu masing-masing satu di daerah Sipitang dan Kinabatangan dan tiga di daerah Pitas.
“Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan penguatkuasaan pematuhan SOP ke atas 95 premis perniagaan dan 104 individu di 18 kawasan. Tiada kompaun dikenakan ke atas individu dan premis,” tambahnya lagi