Sebahagian penduduk Ranau yang menunggu giliran untuk menerima suntikan dos kedua.
RANAU: Seramai 339 orang lagi penduduk daerah ini selesai melengkapkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di Dewan Masyarakat Ranau sini hari ini.
Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Ranau, selaku penyelaras program tersebut, Dr. Edwaider Koimon memberitahu, mereka yang menerima suntikan dos kedua jenis Sinovac itu adalah yang telah menerima suntikan dos pertama pada 5 Jun lalu.

“Kita mengharapkan kepada mereka yang belum mendaftar untuk mendapatkan suntikan pertama supaya mendaftarkan diri untuk menerima imunisasi vaksin Covid-19 sebagai benteng diri sendiri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19 yang kini masih menular seluruh dunia,” kata Edwaider.
Menurutnya lagi, pelbagai program termasuk ‘Outreach’ yang akan dilaksanakan di peringkat luar bandar untuk kemudahan mereka yang agak sukar untuk datang ke Pekan Ranau bagi tujuan mendaftar untuk mendapatkan imunisasi (suntikan)
vaksin Covid-19.
“Lindung Diri, Lindung Semua,” tambah Dr. Edwaider.