KOTA KINABALU: Pengurusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) memaklumkan operasi Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi-UMS (PPV IPT- UMS) ditangguhkan pada minggu hadapan (28 Jun 2021 hingga 02 Julai 2021).
Ini disebabkan oleh faktor di luar kawalan UMS, kata Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) UMS dalam kenyataan media hari ini.
Dalam tempoh tersebut, tiada suntikan vaksin Covid-19 akan diberikan.
Operasi PPV IPT-UMS dijangka akan disambung semula pada 05 Julai 2021 akan datang.
Pengurusan UMS akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai operasi PPV IPT-UMS dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan mengenai PPV IPT-UMS boleh dikemukakan dengan menghubungi Hotline PPV IPT-UMS di nombor telefon 088-329 200.P