Julita (tengah) membuat cabutan dalam Majlis Cabutan Projek PEMERKASA.
KUDAT: Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia memberikan impak besar dalam semua aspek kehidupan sejagat. Sungguhpun begitu, pembangunan setiap daerah dalam negeri ini amat dititikberatkan oleh pihak Kerajaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong Datuk Julita Majungki, berkata demikian juga dengan daerah ini di mana dia mahu ia terus dimajukan dalam semua aspek terutama sekali dalam kemudahan asas dan infrastruktur.
Dia menyatakan ini ketika ditemui semasa Majlis Cabutan Projek di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) di Pejabat Kecil Daerah Matunggong berkata.
Julita yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat menjelaskan lagi, program ini unik kerana proses pendaftaran dibuat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Cabutan dibuat dengan kehadiran kontraktor berdaftar secara maya, tambahnya.
Julita juga menyeru agar semua kontraktor yang menjalankan projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong dapat memastikan kualiti kerja mereka supaya dapat membantu Kerajaan dalam meningkatkan mutu kemudahan asas dan infrastruktur yang dibina.
“Saya ucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya dan yang kurang bernasib baik boleh mencuba lagi pada masa akan datang,” kata Julita.
Hanya kumpulan teknikal Pejabat Daerah sahaja yang hadir dalam cabutan projek ini untuk membantu melancarkan dan menjayakan sesi cabutan tersebut.