PUTRAJAYA: Malaysia sedang dalam proses membangunkan vaksin sendiri yang pertama bagi melawan pandemik Covid-19.
Projek membangunakan vaksin tempatan itu adalah melalui kerjasama Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata vaksin jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) itu dibangunkan mulai November tahun lalu dan kini pada peringkat pengklonan varian asal virus serta varian lain SARS-CoV-2.
“Kita membangunkan vaksin COVID-19 teknologi mRNA di IMR. Ketika ini, status pembangunan vaksin di IMR adalah pada peringkat pengklonan genetik sasaran merangkumi varian asal dan varian lain virus SARS-CoV-2.
“Selepas proses pengklonan selesai, kajian keberkesanan vaksin membabitkan praklinikal ke atas haiwan besar dan kecil serta kajian klinikal terhadap manusia peringkat fasa satu, dua dan tiga, perlu dilaksanakan sebelum proses pendaftaran serta pengilangan vaksin mRNA ini dijalankan,” katanyas seperti yang dipetik dari BH Online.
Dr. Adham menjelaskan, kajian keberkesanan itu akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Sebelum ini, akhbar Utusan Malaysia negara ini sedang membangunkan dua jenis vaksin, iaitu mRNA dan nyahaktif terhadap COVID-19, dalam usaha membantu pelaksanaan PICK serta pencapaian imuniti kelompok dengan segera.
Setakat ini, hanya ada dua pengeluar menggunakan teknologi mRNA bagi penghasilan vaksin yang sedia digunakan, iaitu Pfizer-BioNTech dan Moderna.