Masidi Manjun
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 201 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 67,378 kes dan satu kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Tawau.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata,Sabah mencatatkan peningkatan dua kes iaitu daripada 199 kes semalam (18 Jun 2021) kepada 201 kes (19 Jun 2021).
“Daripada 201 kes jangkitan baharu hari ini, 109 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 35 kes adalah daripada saringan kluster, 17 kes adalah daripada saringan bergejala, 30 kes daripada saringan bersasar dan 10 kes adalah daripada lain-lain kes.
“10 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan lima daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah dalam kenyataan hari ini.
Manakala katanya lima lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Kudat 38 kes (+25), Sandakan 26 kes (+20), Kunak 22 kes (+19), Tuaran 10 kes (+10) dan Keningau 15 kes (+10).
Dua daerah lain yang mencatatkan kes baharu pada hari ini iaitu Tongod lapan kes dan Tambunan satu kes kekal sebagaimana jumlah kes semalam.
Katanya, tiada kluster baru direkodkan hari ini.
Bagaimanapun, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Nelayan, Batu 10, Sandakan pada 21 Jun 2021 sehingga 04 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
Dalam pada itu katanya, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Fasa 1 dan Fasa 2, Taman Digot, Penampang dan Kampung Rancangan Silabukan Peringkat 4, Lahad Datu berkuat kuasa 21 Jun sehingga 04 Julai 2021.
Setakat hari ini katanya, 231 suntikan baharu dibuat bagi Fasa 1 Dos 1 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 62,272 orang.
“Bagi Fasa 1 Dos 2 pula, 151 suntikan baharu dibuat pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,446 orang.
“Manakala, bagi Fasa 2 Dos 1 PICK, 10,943 suntikan baharu dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 244,008 orang,” katanya.
Tambahnya, bagi Dos 2 Fasa 2, 4,952 suntikan baharu harian dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 69,039 orang.