(Gambar diambil semasa Lawatan YAB Ketua Menteri Sabah ke Pos Kawalan ATM Tg. Labian, Lahad Datu pada 28 Februari 2021)
KOTA KINABALU: Usaha untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan perairan negeri, khususnya kawasan perairan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) dibincang semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri hari ini.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Selain memelihara kedaulatan negara, usaha ini penting untuk mengekang penularan Covid-19 melalui kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Sepanjang April 2020 hingga 14 Jun 2021, pemeriksaan ke atas 20,647 bot telah dijalankan dan daripada jumlah ini, 133 tangkapan melibatkan PATI dan 49 bot telah dibuat.
Ketua Menteri juga menghargai inisiatif Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk melaksanakan Program Jiwa Murni bagi membantu proses vaksinasi rakyat di Sabah.
Melalui program ini, pasukan perubatan ATM akan turun padang bersama ke kawasan pedalaman di Sabah.