Datuk Seri Hajiji Haji Noor
KOTA KINABALU: Sabah menyokong penuh Pelan Pemulihan Negara seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang menganggap pelan tersebut amat bersesuaian berkata ia sangat membantu dalam usaha Kerajaan Negeri melaksanakan tindakan pemulihan di negeri ini.
Beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan memberikan kerjasama penuh untuk memastikan pelan pemulihan empat fasa tersebut akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sementara itu, Hajiji berkata Kerajaan Negeri juga menyokong pelanjutan Darurat selaama enam bulan lagi, memandangkan kemungkinan akan berlaku peningkatan mendadak kes Covid-19 di Sabah sekiranya pilihanraya kecil bagi parliment Batu Sapi dan dewan undangan negeri (DUN) Bugaya diadakan, katanya.