JAHID (dua, kanan) Bersama Hj Faimin dan para pegawai kanan KPLBS mengabadikan kenangan di CLC KPLBS Kampung Mansiang dalam lawatan kerja mereka, hari ini.
KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim membuat lawatan kerja ke Pusat Kemahiran Masyarakat (CLC) Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah di Kampung Mansiang Manggatal, dekat sini hari ini.
Program lawatan diadakan bagi meninjau keadaan terkini bangunan-bangunan yang terdapat di kawasan berkenaan di samping melihat keperluan penambahbaikan tempat itu.
Menurut Jahid, kemudahan tersebut mampu memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya pihak kementerian tersebut untuk mengadakan apa-apa program latihan kelak.
Dalam lawatan tersebut, Jahid turut mencadangkan agar mana-mana bangunan yang sudah agak usang untuk dilupuskan, manakala kemudahan infrastruktur lain juga boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.
“Selain untuk keselamatan, langkah penambahbaikan juga penting bagi memberi keselesaan kepada para pengguna kawasan pusat latihan ini nanti,” katanya.
Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS), Hj Faimin Kamin, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Seksyen Kemajuan Industri Desa, Cornelia Gregory, Setiausaha Rendah Bahagian Sosio Ekonomi, Norsafi Dukah, dan Jurutera KPLBS, Mohd Fadzy.
