KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,150 kes baharu Covid-19 dengan 73 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 67,949 kes aktif dan 924 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 453 memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, jumlah jangkitan kini adalah 673,026.
Kes sembuh pula sebanyak 7,240 dengan jumlah kumulatif 600,935.
Sementara itu, sebanyak 73 kematian dicatat menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 4,142.
Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,914 kes.
Ia diikuti Negeri Sembilan (607), Sarawak (570), Kuala Lumpur (480), Johor (392), Kelantan (230), Kedah (228), Sabah (184), Melaka (152), Labuan (101), Pulau Pinang (99), Perak (66), Pahang (57), Terengganu (56), Perlis (8) dan Putrajaya (6).