KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, Tun Arifin Zakaria tiba di Istana Negara pada jam 9.45 pagi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Bekas ketua hakim negara itu dilihat memasuki Pintu 2 Istana Negara dengan menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam.
Sesi menghadap tersebut berlangsung selepas siri sembah maklum oleh 15 wakil ketua parti pada 9 Jun hingga 11 Jun sebelum berakhir semalam.