BONDULU: Justin (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Sister Germaine diiringi Jumain dan rombongan Pejabat ADUN serta UPPM.
TAMBUNAN: Menyusul rayuan sumbangan Rumah Kanak-Kanak Bondulu, Toboh yang dikongsi melalui media sosial, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan serta-merta menghantar bekalan keperluan.
Setiausaha Perhubungan Timbalan Ketua Menteri Justin Yonsoding bersama Pegawai Daerah Tambunan Jumain Abdul Ghani menghantar sumbangan ke rumah berkenaan.
“Kami menghantar sumbangan berupa wang tunai, barangan keperluan harian, makanan kering dan basah,” katanya.
Turut serta menghantar sumbangan ialah rombongan Pejabat ADUN Tambunan dan Unit Perhubungan Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tambunan.
Dalam kongsian yang tular di media sosial, dinyatakan bahawa rumah tersebut yang menempatkan 70 kanak-kanak bawah 18 tahun menghadapi kesulitan memenuhi keperluan harian akibat suasana sukar ketika ini.
Kanak-kanak pelbagai keluarga terbiar dari seluruh negeri diasuh di rumah kelolaan Gereja Katolik itu untuk disekolahkan sehingga mampu berdikari.
Pengurusan rumah tersebut memberitahu, sebanyak RM20,000 diperlukan setiap bulan untuk membiayai kehidupan harian anak-anak berkenaan.
Keperluan itu merangkumi makanan, tempat tinggal, kemudahan air, elektrik, wifi untuk pendidikan, elaun pekerja, logistik, penyelenggaraan dan penjagaan kesihatan.
Orang ramai yang berhasart menghulur sumbangan boleh menghubungi Sister Germaine melalui nombor 0138681952.
Caption