KUALA LUMPUR: Situasi Covid-19 di seluruh negara masih lagi krtiikal dengan tujuh negeri dan dua Wilayah Persekutuan, iaitu Putrajaya dan Kuala Lumpur, masih dikategorikan sebagai zon merah bagi semua daerah di negeri terbabit, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Daripada infografik yang di Twitter KKM, sehingga semalam empat negeri menunjukkan perubahan kategori bagi beberapa daerah daripada zon merah kepada jingga dan kuning.
Di Perak dan Kedah, masing-masing satu daerah kini berada dalam kategori jingga dengan merekodkan di bawah 40 kes Cvid-19, iaitu Kampar dan Sik.
Di Pahang, tiga daerah berada dalam zon jingga, iaitu Raub yang merekodkan 40 kes, diikuti Pekan (35 kes) dan Rompin (29 kes) manakala Cameron Highlands kini berada dalam zon kuning dengan hanya 18 kes direkodkan setakat semalam.