Haji Yahya Haji Ahmad
KOTA KINABALU: Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) berharap orang politik khususnya di Semenanjung dan pihak-pihak atau NGO berkepentingan politik yang suka bermain sentimen membantah agar jangan menjadikan isu pengusiran dan langkah penguatkuasaan terhadap pendarang tanpa izin (PATI) sebagai agenda penghalang
Presidennya Haji Yahya Haji Ahmad berkata, selagi mana Kerajaan berniat baik dan mengikuti prosedur yang betul menjaga nilai – nilai kemanusiaan ianya tidak ada isu berbangkit.
“Sayangi negara ini bersatu jiwa muafakat tulin dengan rasa penuh tanggung jawab terhadap negara,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Katanya, PRESBAH sendiri tekun mengikuti pendekatan setiap Kerajaan dalam isu mengurus pelarian dan pendatang tanpa izin.
“Bagi kita maruah dan kedaulatan negara harus ada simbol martabat untuk dipertahankan dan dijaga rapi.
“Dengan kerapnya pencerobohan ruang udara negara kebelakangan ini, juga satu isu kebimbangan, lalu menyedarkan kita semua khasnya pihak pertahanan negara kena terus lebih efisyen, waspada dan cekap siap siaganya,” katanya.
Katanya, pendekatan Kerajaan sekarang dalam mengekang dan memperketatkan penguatkuasaan isu pelarian dan PATI melalui Kementian Dalam Negeri (KDN) sudah tentu memenuhi kehendak tuntutan rakyat.
“Melakukan tindakan pro aktif mengusir balik pelarian dan mereka yang memohon suaka satu ketegasan yang patut disokong oleh semua pihak, melainkan mereka yang ada agenda kepentingan.
“Tindakan tegas berstrategi merangka kebaikan jangka masa panjang walau sukar satu langkah wajar dan terpuji memandangkan kebimbangan rakyat tempatan selama ini yang rasa terancam akan isu kebanjiran pelarian dan PATI yang begitu ramai masuk ke dalam negara kita sejak 2013 lagi,” katanya.
Tambahnya, negara bukn sahaja berhadapan dengan beban segala tanggungan dan masa yang banyak kerugian mengurus, bahkan lebih menyakitkan kita berhadapan dengan aktiviti sosial dan jenayah buruk.
“Hari ini 10 Jun kita dipaparkan dalam media bagaimana pihak Jabatan Imegresen Malaysia ( JIM ) melumpuhkan satu sindiket pemalsuan pelbagai dokumen dengan penangkapan sembilan warga asing ( Filipina ) dan merampas kira – kira 200 keping dokumen palsu dalam operasi yang dijalankan 5 dan 6 Jun lalu.
“Sedangkan jenayah terancang begitu banyak sebelum ini berlaku hingga melibatkan kes pecah amanah sana sini dalam isu pengeluaran kad pengenalan harus menjadi iktibar kita semua.
“Ini isu kedaulatan negara, letak politik tepi jangan rosakkan negara dengan perbalahan dan kepentingan politik yang tiada penghujungnya tetapi isu besar tiada penyelesaian konkrit setiap kali bertukar kerajaan.
“Makanya mana – mana pihak yang ada usaha kesedaran pemerkasaan haruslah didukung.
“Dalam negara saja ada 179,383 pelarian dan pemohon suaka berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Ini belum dikira mereka yang tidak berdaftar.,” katanya.