Noorliza (dua daripada kiri) bersama Jannie (dua daripada kanan), Ginger (kanan) dan Chan (kiri) semasa penyerahan bantuan tersebut
KOTA KINABALU: Pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) termasuk Ahli Undangan Negeri (ADUN ) Jannie Lasimbang, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, dan ADUN Luyang Ginger Phoong menyerahkan bantuan makanan dan alat perlindungan bagi penduduk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kepayan Rumah Murah di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu hari ini.
Oleh kerana pengagihan bantuan makanan dan alat perlindungan kepada penduduk di bawah PKPD disekat, para pemimpin DAP telah menyalurkannya melalui Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Bantuan makanan dan alat perlindungan ini kemudian akan diagihkan kepada isi rumah oleh pasukan DBKK dari rumah ke rumah.
Jannie mengatakan pejabat ADUN Kapayan menyumbangkan 500 bungkus pelitup muka dan 300 alat pensanitasi tangan, sementara Ginger memberikan 200 bakul makanan dan 200 bungkus minyak masak daripada Chan.
Sumbangan tersebut diterima oleh Mayor Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip dan Pegawai Perhubungan, Mohd Noh.
Noorlizah berkata pasukan DBKK mula mengedarkan bantuan makanan pada 5 Jun di kawasan perumahan Kepayan Rumah Murah, serta di Kampung Kibouvang dan Koperasi Kepayan yang berada di bawah daerah Penampang.
Walaupun DBKK kini menyasarkan 500 ketua isi rumah pada fasa pertama, Jannie mengatakan dia telah memohon Mayor untuk menjangkau lebih ramai keluarga yang belum menerima bantuan dan mereka yang menyewa di kedai-kedai dan rumah dalam fasa pengedaran susulan mereka.
“Pasukan Pusat Khidmat ADUN Kapayan telah terus berhubungan dengan penduduk di kawasan PKPD Kepayan Rumah Murah untuk membantu mereka dari segi bantuan makanan, SOP, aduan-aduan dan pertanyaan lain” kata Jannie sambil menambah bahawa pertanyaan boleh dibuat ke 012 826 0706.
Jannie mengucapkan terima kasih kepada pihak DBKK atas tindakan mereka yang cepat dalam pengedaran bantuan makanan, dan kepada Kementerian Kesihatan kerana pergi dari rumah ke rumah melakukan ujian COVID-19 dari 8 Jun hingga 10 Jun bermula jam 9 pagi setiap hari.
Sementara itu, Persatuan Penjaja Sayuran dan Buah Bahagian Pantai Barat telah memberi komitmen untuk menyumbangkan sayur-sayuran bagi kepada penduduk dalam pengagihan bantuan makanan seterusnya. Jannie mengatakan bahawa sumbangan derma oleh Persatuan pada masa lalu sangat dihargai.
“Covid-19 merebak dengan mudah melalui hubungan fizikal dari individu ke individu, oleh itu saya meminta penduduk di bawah PKPD untuk mengurangkan pergerakan, mematuhi SOP untuk memutuskan rangkaian COVID di kawasan Kepayan Rumah Murah,” kata Jannie.
“Doa dan sokongan kami ada bersama anda kerana dalam dua minggu yang mencabar ini” tambahnya.