KOTA KINABALU: Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 14 kes iaitu daripada 336 kes semalam (07 Jun 2021) kepada 350 kes
(08 Jun 2021).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada 350 kes jangkitan baharu hari ini, 135 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 166 kes adalah daripada saringan kluster, 37 kes adalah daripada saringan bergejala dan 12 kes adalah daripada lain-lain kes.
Jelasnya, terdapat 10 daerah yang mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan enam (6) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala empat (4) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Kota Kinabalu 161 kes (+130), Penampang 22 kes (+12), Putatan 19 kes (+11) dan Lahad Datu 25 kes (+10). Daerah Kuala Penyu kekal catatan kes baharu sebagaimana hari kelmarin iaitu dengan dua (2) kes.
Walau bagaimanapun katanya, 11 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Lima (5) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka manakala enam (6) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Tawau (-60), Papar (-28), Sandakan (-21), Kinabatangan (-21), Kalabakan (-18) dan Telupid (-12).
“Terdapat lima (5) kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Ocean Blue – Kota Kinabalu, Kluster Segara – Kota Kinabalu, Kluster Coral – Kota Kinabalu, Kluster Tanjung Aru Baru – Kota Kinabalu dan Kluster Kg Bundu – Kuala Penyu,” katanya pada kenyataan hari ini.
Masidi berkata, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Wawasan, Beaufort berkuat kuasa 10 Jun sehingga 23 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
Katanya, Kerajaan Negeri juga bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Kebayau, Kota Belud berkuat kuasa 10 Jun sehingga 23 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
Selain itu katanya, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Layar, Pulau Banggi, Kudat berkuat kuasa 10 Jun sehingga 23 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
“Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sungai Obar, Batu 7 dan Fasa 9B, Taman Indah Jaya Sandakan berkuat kuasa 10 Jun sehingga 23 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan
Persekutuan.
“PKPD juga dilaksanakan di Kampung Likas, Kota Kinabalu berkuat kuasa 10 Jun sehingga 23 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” katanya.