PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kes sembuh Covid-19 iaitu 6,962 kes mengatasi 5,566 kes positif.
Sebanyak 76 kematian manakala kes aktif menunjukkan penurunan iaitu 82,797 kes berbanding semalam, 84,269 kes berbanding semalam, 86,628 kes.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 903 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 458 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, Selangor kekal menjadi penyumbang tertinggi kes positif iaitu 1,524 kes diikuti oleh Sarawak sebanyak 707 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 505 kes.
“Selain itu, Kuala Lumpur (466 kes), Johor (456 kes), Sabah (350 kes), Melaka (314 kes), Perak (225 kes), Kelantan (204 kes), Labuan (191 kes), Pulau Pinang (185 kes), Pahang (157 kes), Kedah (148 kes) dan Terengganu (106 kes).
“Putrajaya pula merekodkan 27 kes baharu dan Perlis sebanyak satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.