KOTA KINABALU: Berikutan dengan bilangan kes positif Covid-19 hari ini yang mencecah 305 kes dan penambahan enam (6) lagi kluster baharu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) memutuskan untuk menyeragamkan masa operasi perniagaan di seluruh Sabah.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah berkata, masa operasi perniagaan ini adalah berkuatkuasa serta merta.
Katanya masa operasi perniagaan tersebut adalah seperti berikut;
Bagi restoran, cafe, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja, medan selera, kedai serbaneka, perkhidmatan penghantaran (delivery) makanan, pembelian makanan secara bawa pulang (take away) dan pandu lalu (drive thru), masa operasi perniagaan adalah daripada 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Manakala bagi Pasar Awam / Pasar Harian, masanya daripada 6.00 pagi hingga 3.00 petang.
Bagi premis-premis berikut yang dibenarkan beroperasi dengan memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan, iaitu kompleks membeli belah ditutup kecuali hanya premis, pasar raya, pasar raya besar dan departmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan restoran untuk bawa pulang dan penghantaran ke rumah; pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan kedai runcit serta departmental store dibuka terhad kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja; restauran, gerai-gerai serta outlet makanan; dobi (termasuk layan diri); other Speciality Retail Store (stesen minyak); kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan; kedai cermin mata dan barang optik; kedai hardware; bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti; e-dagang (semua kategori produk); pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja); kedai elektrik dan elektronik; kedai buku dan alat tulis; pusat pengedaran dan penjualan kereta; kedai peralatan sembahyang dan pengebumian; pusat khidmat cucian kereta; dan kedai menjual telefon, handphone dan membaiki telefon. Kesemuanya dibenarkan beroperasi daripada 9.00 pagi hingga 6.00 petang.