KOTA KINABALU: Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 31 kes iaitu daripada 305 kes kelmarin (06 Jun 2021) kepada 336 kes
(07 Jun 2021).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada 336 kes jangkitan baharu hari ini, 140 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 117 kes adalah daripada saringan kluster, 31 kes adalah daripada saringan bergejala, 32 kes daripada saringan bersasar dan 16 kes adalah daripada lain-lain kes.
Jelasnya, terdapat 11 daerah yang mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan tujuh daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala empat lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Papar 43 kes (+29), Kalabakan 19 kes (+18), Tuaran 13 kes (+11) dan Telupid 12 kes (+12). Daerah Pitas kekal catatan kes baharu sebagaimana hari kelmarin iaitu dengan satu kes.
Walaubagaimana pun katanya, 10 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Enam daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka manakala empat daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka iaitu Kudat (-27), Nabawan (-11), Kota Kinabalu (-10) dan Penampang (-10).
Katanya, pada hari ini, tujuh daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Tongod, Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan.
Sementara itu katanya, terdapat empat kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu masing-masing Kluster Hamparan Kinabatangan, Kluster Kampung Bolong Baru-Tuaran, Kota Belud, Kluster Taman Wawasan – Beaufort, Papar, Kota Kinabalu dan Kluster Jalan Budi, Tawau.
Tambahnya, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima (5) lokaliti yang dinyatakan berkuatkuasa 09 Jun sehingga 22 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
Katanya, lokaliti itu melibatkan Kampung Tanjung Batu Darat, Taman Apas Permai, Bandar Sri Indah, Taman Megah Jaya dan Jalan Budi, Sri Tanjung.