KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (Covid-19) memutuskan bahawa daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang tidak lagi dikategorikan sebagai satu daerah.
Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, keputusan ini dibuat setelah mengambilkira bilangan kes positif Covid-19 ketiga-tiga daerah tersebut yang telah mencapai 70 kes pada hari ini.
“Sebagai usaha mengurangkan perjalanan yang tidak perlu maka orang awam tidak dibenarkan rentas daerah kecuali untuk perkhidmatan perlu (essential services) dan barangan perlu (essential goods),” katanya dalam kenyataan medianya hari ini.
Katanya, mulai esok (7 Jun 2021) pihak polis akan melaksanakan pemeriksaan ketat kawalan larangan rentas daerah yang melibatkan tiga (3) daerah ini.