SERAH…Kelibatan Surinam mewakili SCC menyampaikan sumbangan kepada Ruslan di majlis tersebut.
BEAUFORT: Menyedari kesukaran penduduk di daerah Beaufort khususnya di kawaan Lumadan untuk mendapatan bekalan air bersih, Sabah Credit Corporation (SCC) tampil menghulurkan sumbangan melalui program tanggungjawab Sosial (CSR) kemarin.
Sumbangan berupa air mineral dan keperluan makanan itu disampaikan oleh Timbalan Pengerusi SCC, Datuk Surinam Sadikun, kepada Wakil Rakyat Lumadan, Haji Ruslan Muharam, untuk diagih-agihkan kepada penduduk yang terlibat.
Menurut Surinam, yang juga Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Sipitang, sumbangan tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat (SCC) kepada masyarakat khususnya penduduk di kawasan Lumadan yang terjejas terok bukan sahaja selepas pasca banjir yang melanda daerah itu namun terputus bekalan air bersih.
“ Kita bersimpati dengan mereka yang terjejas banjir, terputus bekalan air bersih dan sekaligus berhadapan dengan pandemik Covid-19 ,justeru hari ini kita turun padang menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka yang terjejas dengan harapan ianya dapat meringankan sedikit beban yang mereka pikul” katanya ketika di temui di sini selepas menyampaikan sumbangan tersebut
Surinam juga berharap isu terputus bekalan air bersih yang dihadapi oleh penduduk di daerah Beaufort akan dapat ditangani segera oleh pihak yang terlibat bagi mempastikan kehidupan penduduk tidak terjejas.
“ Kita faham antara faktor yang menyebabkan bekalan air bersih ini terputus kerana kerosakan pam ekoran faktor banjir yang menenggalami loji rawatan air, khususnya di Jempangah. Bagaimanapun kita berharap ianya dapat diperbaiki segera selepas banjir reda agar masalah ketiadaan bekalan air bersih dapat diselesaikan segera,” tambah Surinam.

BINCANG..Surinam memperkata sesuatau kepada Ruslan sebagai agihan sumbangan dilakukan