Hendrus Anding
KOTA MARUDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, YB Hendrus Anding berkesempatan menziarahi seorang pesakit lumpuh separuh badan dari Kampung Tondig, Kota Marudu.
Osman Jaman, 47, menghidap penyakit berkenaan sejak tahun lepas menyebabkan dirinya hilang mata pencarian bagi menampung keluarga.
Menurut isterinya, Osman tidak dapat melakukan kerja berat kerana keadaan fizikalnya yang tidak mengizinkan.
Isterinya hanya menjalankan penanaman sayur-sayuran secara kecil-kecilan di bantu oleh 3 orang anak yang berumur diantara 15-20 tahun bagi membiayai perubatan Osman.
Osman kini beransur sembuh tetapi masih belum pulih sepenuhnya.

Hendrus (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Osman.
Hendrus, yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, turut menyampaikan sumbangan kepada Osman dan berharap beliau akan sembuh seperti sedia kala.
Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Miami Majimpan dan wakil Pemuda PBS Tandek, Azlie Sakuna, serta beberapa lagi jiran berdekatan.