KOTA KINABALU: Perkhidmatan firma khidmat professional dan perkhidmatan sector perbankan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) in Sabah dari Jun 1 -14.
Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata perkhidmatan firma khidmat professional di Sabah dibenarkan beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7 petang dan jumlah kehadiran kakitangan adalah mengikut jumlah kakitangan di firma masing-masing.
Katanya, firma yang mempunyai jumlah kakitangan antara satu hingga lima dibenarkan untuk kehadiran 100 peratus, manakala firma yang mempunyai enam hingga 10 kakitangan dibenarkan untuk kehadiran 80 peratus sahaja dan bagi yang mempunyai jumlah kakitangan 11 ke atas, hanya dibenarkan 60 peratus kehadiran.
Bagi perkhidmatan sector perbankan, katanya, ia dibenarkan beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, dan masa kehadiran pelanggan dihadkan daripada 9.30pagi hingga 3petang.
Peraturan tentang jumlah kehadiran kakitangan adalah sama, iaitu 100 peratus bagi premis yang mempunyai kakitangan satu hingga lima orang, 80 peratus kehadiran bagi yang mempunyai enam hingga 10 orang kakitangan dan 60 peratus kehadiran bagi yang mempunyai jumlah kakitangan 11 orang ke atas.
Ini dinyatakan dalam kenyataan medianya semalam.
Sementara ini, Masidi berkata pergerakan rentas daerah bagi penerima vaksin yang perlu merentas daerah haruslah menyediakan bukti temujanji penerimaan vaksin dari Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) untuk memudahkan penerima vaksin melepasi di Sekatan Jalan Raya (SJR) di daerah masing-masing.
Para penjawat awam juga dinasihatkan agar menyediakan surat kebenaran majikan secara bercetak atau bersedia menyediakan paparan di handphone lebih awal bagi melancarkan pergerakan ketika berada di SJR.
Semalam, sejumlah 104 SJR dilaksana dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaan 52,999 buah kenderaan.
Daripada jumlah tersebut, 377 buah kenderaan diarah berpatah balik.
Selain itu, pihak polis juga melaksanakan 73 hebahan melalui kereta peronda dengan empat tangkapan dibuat.
“Sebanyak 115 kompaun melanggar SOP Covid-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah.
“42 daripada mereka dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka/Tidak memakai pelitup separuh muka dengan betul, 19 gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan, empat kerana merentas negeri/daerah tanpa kebenaran, empat kerana premis beroperasi lebih masa tanpa kebenaran, lapan kerana keluar rumah tanpa alasan munasabah, 13 kerana aktiviti sukan, 19 kerana tiada penjarakan social dan enam kerana membawa penumpang berlebihan,” katanya.