Chin Kim Hiung
SANDAKAN:Sebanyak 1,910 pemandu teksi, sewa kereta dan 2, 919 pemandu e-hailing telah menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP).
Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP) Datuk Chin Kim Hiung berkata, selain itu seramai 400 pemandu bas sekolah dan 411 bas persiaran juga menerima bantuan dibawah Pakej Bantuan PERMAI di negeri ini.
Chin dalam satu kenyataan hari ini berkata, dia berharap bantuan itu dapat dikembangkan kepada pengangkutan awam di Sabah agar boleh bantu ringkankan kesusahan yang dialami para pengusahanya yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Teksi Seluruh Sabah Hiew Su Vun menjelaskan para pemandu teksi di Sabah telah menerima bantuan GKP dan berterima kasih kepada Kerajaan atas keprihatian tersebut.
Katanya, kesemua pemandu teksi di negeri ini telah menerima bantuan one-off RM1,000 dibawah GKP.
“Terima kasih diucapkan kepada LPKP dan Pengerusinya Chin atas usaha membantu kami dalam sektor pengangkutan awam bagi mendapatkan bantuan ini,” katanya.
Baru-baru ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin pada 31 Mei lepas mengumumkan kerajaan akan memperuntukan sejumlah RM68 juta bagi mengurangkan beban pemandu teksi, sewa kereta dan pemandu bas sekolah di seluruh negara sepanjang PKP dilaksanakan.
Katanya, bantuan khas itu termasuklah pembayaran secara one-off akan dibagi kepada 40,000 pemandu teksi, 17,000 pemandu pelancongan, 11,000 pemandu bas sekolah, 4,000 pemandu bas persiaran dan 62, 000 pemandu kereta sewa dan e-hailing yang akan disalurkan kepada penerima pada Julai 2021.
-end
Kapsyen