Tenang….Yazid semasa menerima suntikan vaksin hari ini.
KENINGAU:Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Dan kebajikan Ektnik Kujau Gana Nabai Sabah (KGNS), Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles, antara yang menerima vaksin Covid-19 bagi dos pertama di Hospital Besar Keningau di sini hari ini.
Yazid, yang juga pesara perkhidmatan awam (bekas guru besar), ketika ditemui selepas menerima vaksin berkata, beliau berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya para petugas yang mengendalikan pengurusan vakinasi.
“Mereka beretika, mesra dan berdisiplin dalam melayani orang awam sepanjang proses pemberian vaksin,” katanya.
Dalam pada itu, Yazid berkata, Kerajaan perlu mencari jalan untuk mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat khususnya di negeri Sabah.
“Dengan kemunculan virus varian Covid-19 yg baharu, langkah-langkah sewajarnya perlu dilakukan oleh Kerajaan khususnya KKM agar virus tersebut tidak merebak dengan cepat,” katanya.
Pada masa sama Yazid bersetuju dan menyokong kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mengesa Kerajaan Persekutuan membenarkan Sabah membeli vaksin dan program imunisasi Covid-19 kerajaan dan swasta bergerak serentak khususnya di Sabah.
Selain itu, katanya, KKM juga perlu turun ke lapangan atau ke kampung-kampung untuk mendekati rakyat khususnya warga emas yang mungkin tidak dapat turun ke pusat-pusat pemberian vaksin yang terletak di sekitar bandar dan pekan.
Ini katanya, penting bagi mengatasi pendaftaran melalui MySejehtera bagi Negeri Sabah amat kurang dan terendah, seperti yang dilaporkan.
“Tetapi bagi mereka yang telah mendaftar melalui MySejehtera, masih ramai yang belum dipanggil untuk pemberian vaksin. Ini menunjukkan proses melalui MySejehtera amat lambat, ada yang mendaftar sejak bulan pertengahan Februari tahun ini pun masih ada yg belum mendapat panggilan,” jelasnya
Katanya, sepatutnya mereka yang sudah mendaftar perlu dipercepatkan pemberian suntikan vaksin.
“Walaubagaimanapun, kita berterima kasih kepada Kerajaan, terutama Perdana Menteri, barisan kabinetnya dan frontliners yang bertungkus-lumus memberi perlindungan kepada rakyat.
Kita amat terhutang budi dengan perkhidmatan yang mereka berikan sejak pandemik Covid-19 ini melanda negara,” katanya.
Justeru itu katanya, rakyat keseluruhannya perlu berikan sokongan padu kepada Kerajaan dalam usahanya melandaikan virus Covid-19.

Yazid menunjukkan label SAYA TELAH DIVAKSIN.