PETALING JAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melonggarkan pembayaran cukai dan penalti kepada orang ramai yang pendapatan mereka terjejas akibat pelaksanaan total lockdown
Laporan Utusan Malaysia, LHDN berkata, tawaran itu adalah penangguhan pembayaran penalti yang berkaitan dengan kewajipan bayar cukai mereka ke tahun 2022 dengan syarat pembayar terus mematuhi pembayaran amaun prinsipal.
“Kelonggaran ini bertujuan meringankan beban pembayar cukai dalam menyelesaikan cukai tertunggak dan penalti cukai,” kata LHDN kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan, LHDN juga membuat pertimbangan permohonan penjadualan semula bayaran cukai bagi mereka yang kehilangan punca pendapatan atau tidak mampu menyelesaikan cukai tertunggak akibat pelaksanaan total lockdown.
“Pertimbangan penyemakan semula penalti yang dikenakan sekiranya pembayar cukai dipertimbangkan dengan melihat setiap asas kes,” jelas kenyataan itu.
Kata kenyataan, kelonggaran tersebut hanya terpakai kepada pembayar cukai yang terjejas pendapatannya ketika ini.
“Pembayar cukai yang tidak terjejas perlu meneruskan pembayaran cukai seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkuat kuasa,” jelasnya.
Pembayar cukai yang berhasrat untuk memohon kelonggaran ini disyorkan untuk menghubungi Pejabat Cawangan LHDN yang mengendalikan fail cukai pendapatan mereka