Datuk Jimmy (dua kiri) bersama Datin Lily (kiri) bersama yang lain merakam gambar bersama Dr.Andi (tengah) selepas divaksin.
RANAU: Lebih 200 orang Ahli Dewan Perniagaan Tionghua dan Persatuan Hakka daerah ini selesai menunaikan tanggungjawab mengikuti program Imunisasi Vaksin (pertama) Covid-19 kebangsaan 3.0 di Hospital Ranau pagi tadi.
Pengerusi Perasatuan Hakka yang juga Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Ranau, Kapitan Datuk Jimmy Tham Yuk Leong, yang mendahului penerima suntikan disusuli isterinya Datin Lily dan Datin Florence Malangkig, iaitu isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.

Datin Florence ketika menerima suntikan Vaksin yang pertama..
Jimmy, ketika ditemui, berkata program itu diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada semua ahli kedua-dua persatuan untuk menerima suntikan pertama sebagai benteng diri daripada penularan Covid-19 yang masih menjadi wabak seluruh dunia termasuk Malaysia.
“Program ini diadakan sebagai menyahut seruan dan saranan Kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak tersebut”, jelas Jimmy, sambil mengharapkan mereka yang belum menerima suntikan supaya menyertai program tersebut sebagai benteng diri atau pelindung diri daripada wabak tersebut yang memang sukar dilihat dengan mata kasar kita.
Beliau juga berharap mereka yang sudah menerima suntikan pertama agar bersabar sementara menerima suntikan yang kedua dalam masa terdekat.
“Meskipun, sudah divaksinasi (suntikan pertama dan kedua) kita tidak boleh leka dengan pematuhan SOP yang tetapkan terutama pemakaian pelitup separuh muka (facemask), penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter, sering memasuh tangan dengan air sabun atau hand sanitiser dan tidak mengunjungi kawasan sesak atau ramai orang,” kata Jimmy.
Dia juga berterima kasih kepada Presiden SUCCC Sabah, Tan Sri Andrew Liew, kerana membantu mereka di Ranau melaksana dan membiayai program tersebut.
Pengarah Hospital Ranau, Dr.Andi Shamsureezal Mohd.Sainal, turut hadir semasa program tersebut berjalan.