PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa.
Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, Difahamkan, siasatan itu dipercayai dibuat selepas mendapati Tajuddin menggunakan kedudukannya melantik menantunya memegang jawatan di dalam Prasarana.
Sumber memberitahu Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Salak itu ditahan semalam di Ibu Pejabat SPRM selepas beliau dipanggil memberi keterangan.
Kata beliau, Tajuddin bagaimanpun dibebaskan dengan jaminam SPRM selepas itu.
“Siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Utusan Malaysia sedang mendapatkan pengesahan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berhubung perkara berkenaan.
Pada 26 Mei lalu, Kementerian Kewangan Diperbadankan bersetuju menamatkan perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana berkuat kuasa serta-merta.