Sim Fui (dua dari kiri) bersama rombongan merakamkan gambar kenang-kenangan selepas menyerahkan bantuan
KOTA KINABALU: Sebanyak 100 kotak air mineral disumbangkan kepada mangsa kebakaran di perkampungan atas air Tanjung Aru.
Ketua Pemuda Pergerakan Pusat LDP Sim Fui berkata, sumbangan itu diharapkan mampu meringankan bebanan para mangsa.
“Saya berharap bantuan seumpama ini mampu membantu mereka berhadapan dengan tempoh yang sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sim berkata, beliau telah mengetuai serombongan pemuda LDP ke Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru bagi menyampaikan bantuan berkenaan.
Menurutnya, sepanjang penyerahan bantuan tersebut, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat telah dipatuhi.
Beliau turut sempat berbual dengan wakil masjid berkenaan berhubung dengan keadaan mangsa, selain menyampaikan ucapan takziah
Beliau berkata, pihaknya bersama sekumpulan pemuda LDP telah bergerak ke Tanjung Aru semalam bagi menyerahkan bantuan itu dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.
Sim Fui berkata, pihaknya turut sempat untuk berbual dengan penjaga masjid kawasa berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut keadaa mangsa selain mengucapkan takziah.