PUTRAJAYA: Malaysia terus mencipta rekod baharu kes positif Covid-19 yang tertinggi melepasi 8,000 kes iaitu 8,290 kes sekali gus mengatasi 4,814 kes sembuh manakala Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,052 kes.
Sebanyak 61 kematian manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 72,823 kes berbanding semalam, 69,408 kes.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 808 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 403 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selangor yang kekal tertinggi diikuti Kelantan, 851 kes; Kuala Lumpur, 830 kes; Johor, 762 kes; Sarawak, 698 kes; Kedah, 544 kes; Negeri Sembilan, 520 kes; Pulau Pinang, 421 kes; Perak, 405 kes; Melaka, 380 kes; Sabah, 308 kes; Pahang, 254 kes dan Terengganu, 207 kes.
“Hanya dua wilayah dan satu negeri merekodkan kes rendah iaitu Putrajaya, 44 kes; Perlis, lapan kes dan Labuan, enam kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.